Make your own free website on Tripod.com

ARTIKEL

 

Cabaran Oh Cabaran……

Oleh DR ISMAIL ZAIN

Setiap kehidupan akan menghadapi cabaran. Cabaran dalam satu definisi “ a situation or difficulty that tests one’s ability to do something” yang membawa maksud satu situasi atau kesukaran yang menguji kebolehan kita membuat sesuatu”.

· Situasi – cabaran akan datang dalam pelbagai situasi sama ada yang berkaitan dengan perubahan cuaca, perubahan teknologi, perubahan fizikal, mental dan rohani.

· Kesukaran – setiap situasi akan disusuli dengan kesukaran.

· Menguji kebolehan – setiap kesukaran pula adalah bertujuan untuk menguji kebolehan. Kebolehan befikir, kebolehan bersabar dan kebolehan menyelesaikan masalah.

· Membuat sesuatu – Kebolehan yang diuji memerlukan kita melakukan sesuatu tindakan. Tanpa tindakan setiap cabaran akan berakhir dengan kegagalan tetapi jika disusuli dengan tindakan maka cabaran akan bertukar kepada kejayaan.

Berdasarkan huraian di atas, sebagai seorang pelajar anda harus bijak mengharungi setiap cabaran yang diterima dengan hati yang terbuka, sabar dan mengambil inisiatif menyelesaikannya. Di antara cabaran yang mungkin anda hadapi dan tindakan penyelesaian adalah seperti berikut:

1. Kesuntukan masa belajar

Sediakan jadual belajar yang strategik (apa yang hendak dibuat pada masa yang spesifik)

2. Kesukaran memahami sesuatu perkara atau topik.

· Beri tumpuan

· Rujuk pelbagai sumber

· Tanya guru

· Buat latihan tambahan.

3. Bosan ketika belajar

· Tentukan halatuju (apa yang hendak diulangkaji).

· Perlu ada bahan (pelbagai bahan).

· Perlu ada aktiviti (membuat latihan, menghafal, membuat nota, membuat perta minda dll.).

4. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di sekolah)

· Cuba ubah tempat duduk.

· Jangan duduk dengan rakan yang suka bersembang ketika guru mengajar.

· Cari tempat duduk di hadapan atau yang tidak mempunyai halangan.

· Pastikan anda tahu apakah topik yang sedang diajar oleh guru.

· Bertanya guru dengan segera ketika terkeliru.

· Catat nota ringkas atau lakarkan peta.

5. Tidak boleh beri tumpuan ketika belajar (di rumah)

· Pastikan tempat belajar tidak terlalu berselerak.

· Terhindar suasana kebisingan (atau gangguan radio dan TV).

· Adakan pelbagai aktiviti yang dirancangan (tidak tertumpa pada satu cara belajar sahaja).

· Pastikan sekurang-kurangnya anda telah memahami 40% daripada apa yang diajar di kelas.

· Boleh menjemput rakan untuk berbincang.

 

 

[Kembali]