Make your own free website on Tripod.com

ARTIKEL

 

SPM 2005: Penumpuan kepada kertas penting
 

CALON SPM 2005 perlu belajar secara bijak untuk merebut peluang memasuki matrikulasi yang kian sengit persaingannya.

BAGI calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2004, mereka perlu bijak memilih keutamaan.

Yang terbaik dan bijak sahaja mampu bersaing dalam satu lingkungan akademik yang semakin sengit.

Mereka mesti belajar secara bijak, dan menumpukan lebih perhatian kepada kertas-kertas tertentu mengikut hala tuju serta peluang yang menunggu pada pascapersekolahan.

Jika ingin ke matrikulasi, maka mereka perlu menetapkan terlebih dahulu sama ada ingin mengikuti jurusan Perakaunan atau Sains.

Ini kerana kriteria pemilihan calon untuk kedua-dua jurusan itu adalah berbeza.

Bagi jurusan sains, mata pelajaran penting yang diambil kira adalah seperti berikut:

Matematik, Matematik Tambahan, dan dua mata pelajaran terbaik, iaitu sama ada Fizik, Kimia atau Biologi - atau bagi kertas teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Jentera dan Teknologi Kejuruteraan.

Bagi Perakaunan pula, maka calon SPM 2004 perlu memberi tumpuan kepada kertas berikut:

Matematik, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, atau mana-mana satu sahaja mata pelajaran sains (Fizik, Kimia atau Biologi), mata pelajaran teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Teknologi kejuruteraan dan Lukisan kejuruteraan), Ekonomi Asas dan Perdagangan.

Mata pelajaran Sains Tambahan tidak diambil kira.

Bagi pengambilan pelajar program matrikulasi sesi 2004/2005, bilangan calon yang memohon untuk mengikuti program matrikulasi Kementerian Pendidikan berjumlah 100,877.

Daripada jumlah tersebut, pelajar bumiputera yang memohon berjumlah 83,311, bukan bumiputera 17,566.

Jumlah permohonan jurusan sains seramai 79,166 manakala perakaunan seramai 21,711.

Oleh sebab tempat yang terhad, maka sejumlah 25,000 calon yang terbaik sahaja diambil untuk calon bumiputera yang dipilih berdasarkan meritokrasi.

Pelajar-pelajar yang berjaya akan ditempatkan di sembilan kolej kementerian Pendidikan dan tiga kolej MARA dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Bagi yang berhajat untuk melanjutkan pelajaran ke tahap tingkatan enam, mereka sekurangnya-kurangnya mengumpul tidak lebih daripada 12 agregat.

Syarat am sama ada untuk ke tahap matrikulasi atau tingkatan enam rendah pula perlu mendapat kepujian kertas bahasa Melayu.

Lagi pun, sijil SPM hanya dianugerahkan kepada calon yang lulus mata pelajaran bahasa Melayu.

 

 

[Kembali]